Suara Lunak Shida Ludin Menyanyikan Irama Melayu Asli

Suara Lunak Shida Ludin Menyanyikan Irama Melayu Asli
Shida Ludin

MALAYSIA - Walaupun sudah mencecah usia 5 siri, seorang penyanyi, Shida Ludin atau lebih dikenali sebagai Shee, berasal dari Perak, Malaysia telah berjaya merekamkan beberapa buah lagu-lagu baru yang begitu mendapat sambutan baik dari masyarakat Malaysia dan juga Indonesia.
 
Shida Ludin begitu meminati bidang seni sejak di bangku sekolah lagi, tetapi tidak dapat meneruskan dalam dunia seni ini disebabkan pendidikan, pernikahan dan kesibukan membesarkan anak-anak di samping tugasan pekerjaan hakiki di sebuah syarikat swasta di Shah Alam, Selangor. 

Namun beliau sering mengasah bakat nyanyian secara sambil sambilan pada hujung minggu dengan menghadiri  beberapa jemputan nyanyian di majlis majlis rasmi, undangan majlis perkahwinan dan pertandingan karaoke pada hujung minggu.
 
Bermula dengan nyanyian santai secara FB live di Mediamaju.com, Shida Ludin menyanyikan beberapa lagu antaranya lagu DAMAK, sebuah lagu berirama asli pada 21 October 2019. Persembahan ini telah menyuntik minat seorang komposer yang bernama Rafie Ali daripada Kuala Nerang, Kedah yang menonton acara yang berlangsung lebih kurang satu jam setengah. Rafie Ali telah mencipta lagu single pertama Shida Ludin pada Januari 2020 yang berirama Tradisi Melayu Asli berjodol IBU MERINDU di mana lirik dan muziknya ciptaan Mohamad Shokri Yahya dari Mediamaju Dot Com.

Setelah mendapat sambutan yang agak baik lagu single pertama (Ibu Merindu), Shida Ludin meneruskan lagi beberapa lagu baru antaranya :
IBU MERINDU (Komposer: Rafie Ali) Irama Tradisi Asli (2020 & 2021). Untuk makluman lagu Ibu Merindu II diterbitkan semula pada awal tahun 2021 dengan susunan muzik baharu tetapi lirik dan melodi adalah sama.
TAUBATKU (Komposer: Rafie Ali) Irama Tradisi Asli (2020)
KAU YANG TERINDAH (Komposer: Poksak) Irama Balada (2021)
AKU TAK TAHAN LAGI (Komposer: Dato’ Husin Daruhan, pemuziknya Ades Sadewa) Irama dangdut (2021). Seorang ketua DPD  PAPPRI dari Persatuan Artis Penyanyi, Pencipta Lagu dan Pemusik Indonesia (PAPPRI) Provinsi Sumatera Barat Ranah Minang 

Berikutan PKP, Shida Ludin juga mendapat ilham untuk mencipta lirik bagi beberapa lagu baru antaranya lagu Taubatku dan dua buah lagu raya, Kembara Syawal Lirik Shida/Pena Permai serta Sayup Takbir gandingan lirik bersama Rafie Ali. Dan baru-baru juga ini telah menciptakan beberapa lagu baru yang akan diketengahkan tidak lama lagi.

Ke semua lagu-lagu single Shida Ludin telah kerap dimainkan di rangkaian Radio-Radio RTM Malaysia, Radio-Radio Internet dan juga pada Live Facebook. Baru-baru ini beliau telah dijemput oleh RADIO RTM SELANGORFM dalam segmen SEMBANG SELEBRITI pada 29 Agustus 2021 sempena bulan kemerdekaan. 

Nantikan kemunculan sebuah lagu baru yang berjudul CINTA RASULULLAH yang dijangka akan diterbitkan pada awal Oktober 2021 ini. Sebuah lagu islamik yang berirama nasyid modern akan diterbitkan tidak lama lagi. 
Jadi apa tunggu lagi, jom kita ramai-ramai bantu sokong artis yang sedang meningkat naik ketika ini. 

#Pariwisata

Index

Berita Lainnya

Index